|
Perluas kerjasama - Adenan |
|
| July 27, 2003 - Mingguan Sarawak | |
KUCHING, Sabtu -
Menteri Pertanian dan lndustri Makanan Dato Sri Haji Adenan Haji Satem
mahu Sarawak dan Australia Selatan menjalinkan kerjasama dalam
penyelidikan perubatan tempatan menggunakan bahan-bahan biodiversiti
tempatan. Menurut beliau,
sebelum ini Sarawak dan Australia Selatan sudah menjalinkan kerjasama
yang kukuh dalam pelbagai sektor terutama bidang pendidikan. "Saya
mendapati ramai di kalangan graduan dari Sarawak telah melanjutkan
pelajaran mereka di Universiti Adelaide, Australia Selatan. "Bagaimanapun,
kita mahu kerjasama ini diperluaskan lagi dalam pelbagai bidang lain
yang mampu memberi manfaat serta menguntungkan kedua-dua belah pihak
seperti penyelidikan perubatan tempatan ini," katanva semasa
berucap pada majlis forum kesihatan vang dianjurkan oleh Persatuan
Alumni Universiti Adelaide (SAUA) di salah sebuah hotel terkemuka di
sini malam tadi. Hadir sama pada
majlis tersebut adalah Setiausaha SAUA, Rodger Chan Siong Boh, Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Encik Julaihi Narawi, ahli-ahli
jawatankuasa SAUA serta kira-kira 100 tetamu yang turut mendengar
forum. Beliau yang juga
Timbalan Presiden SAUA Sarawak mencadangkan kedua-dua negeri supaya
mengeratkan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang lain selain
pendidikan. Katanya, kerjasama
dalam bidang penyelidikan perubatan tempatan yang mengunakan
bahan-bahan biodiversiti tempatan pasti memberi manfaat kepada
kedua-dua pihak. Beberapa kertas
kerja turut dibentangkan pada majlis tersebut seperti "Mengetengahkan
Penyelidikan Dalam Psikologi" oleh Profesor John Taplin, "Meningkatkan
Taraf Hidup Dalam Era Milenium Baru"
oleh Prof Madya Dr. Pat
|